Sunday, August 3, 2008

Permatang Pauh

http://www.jeremybwilliams.net/ruminations/ruminations/images/anwar.jpg


tindakan dr wan azizah wan ismail untuk meletakkan jawatan ahli parlimen permatang pauh bagi memberi laluan kepada suaminya anwar ibrahim adalah telah dijangkakan. tidak mengejutkan jika dr wan azizah wan ismail akan bertanding semula di kerusi parlimen y lain dan menyerahkan pimpinan parti keadilan rakyat kepada suaminya.

terdapat beberapa faktor kenapa anwar perlu bertanding di kawasan permatang pauh. antaranya anwar telah menduduki kerusi parlimen itu sejak tahun 1982 lagi setelah menewaskan calon PAS pada masa itu di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

anwar boleh memilih untuk bertanding di kawasan PKR yang lain. beberapa hari y lalu, wakil PKR dari bandar baru, kulim kedah bersedia untuk melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen bagi membenarkan anwar bertanding untuk kawasan bandar baru.

ada khabar angin yang mengatakan bahawa anwar juga akan turut bertanding di kawasan Bandar Tun Abdul Razak di KL yang sekarang ini disandang oleh abdul khalid ibrahim, menteri besar selangor.

namun begitu, permatang pauh adalah satu satunya kawsan yang paling selamat dan bersejarah. selepas itu, wan azizah menjadi ahli parlimen di permatang pauh selapas mengalahkan wakil daripada BN dengan 13388 majoriti.

lebih lebih lagi permatang pauh terletak bersebelahan dengan kawasan abullah badawi, kepala batas. ini adalah masa yang paling sesuai untuk anwar bertanding di kawasan permatang pauh. jika anwar tidak menggunakan kesempatan ini untuk bertanding, mungkin tiada lagi peluang sebegini di masa hadapan.

andai kata anwar ditangkap polis atas tuduhan liwat untuk mengelakkan anwar daripada bertanding, perkara ini akan mendapat pelbagai spekulasi yang meluas. ini sudah cukup untuk pengundi di permatang pauh untuk menyimpulkan bahawa anwar menjadi mangsa kerana mencabar kerajaan.

No comments: