Thursday, August 21, 2008

Akta DNA

http://www.3dscience.com/img/Products/3D_Models/Biology/DNA/DNA_w_Phosphate_structure/Supporting_images/3d_model_DNA_w_phosphate_1.jpg

berbisik di sudut hati ini untuk membuat post mengenai perkembangan dunia politik. setelah sekian lama menyepi, keadaan di negara kita yang tercinta ini semakin menarik. pembentangan akta DNA pada 19 hb telah menimbulkan pelbagai spekulasi daripada mana-mana pihak yang mendengar dan melihat. akta yang telah digubal pada tahun 2001 kini telah dibentang kembali. tak ku sangka malaysia adalah negara yang sangatlah aman damai daripada kegiatan jenayah disepanjang perjalanan masa daripada 2001 hingga 2007. Dua hari lalu Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar membentang Rang Undang-Undang DNA bagi mewajibkan suspek kes jenayah memberi sampel DNA kepada pihak berkuasa. teringat pula pada peribahasa 'daun-daun dan bunga pada pokok tak akan beralun kalau tiada angin'.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pula menganggap pembentangan Rang Undang-Undang tersebut secara kebetulan dan meminta orang ramai tidak mempolitikkan akta terbabit. menjadi kehairanan pula kenapa ahli-ahli politik yang gah namanya di persada kebangsaan gemar untuk mempraktikkan 'meludah ke langit'. akibatnya tidakkah mereka tak ubah seperti 'paku dulang...' .

pasal kes sumpah-menyumpah ni memang menarik perhatian. kebiasaannya orang yang dituduh perlu bersumpah bagi mempertahankan dirinya daripada sebarang fitnah. ini tidak, sebaliknya pulak yang berlaku.

1 comment:

Anonymous said...

Well said.