Monday, October 25, 2010

Dari Pantai Lagenda ke Pantai Cahaya Bulan


Hari Pertama

kami berempat aku, duyung, semut senyum, ngan aina bertolak ke kelantan. dah lebih kurang dlm 5 jam gak nak ke sampai ke Pantai Cahaya Bulan Resort (PCB). sampai kat PCB tu dlm lebih kurang kul 3 petang. sampai2 je terus chek in. si semut senyum ni bayar on de spot je yuran. ada la dlm 500 hinggit gak. abis je urusan kat kaunter tu, we als terus pegi bilik nak letak barang2. kat bilik tu terjumpa la ada dua makhluk 'haluusss' bersidai kat atas katil sambil dengar mp3. katanya budak UTM, cat ngan ucop merd. awal tul diaorg ni sampai. dalam 8 pagi gak la diaorg ni sampai kat kelantan. dak2 UTM ni pegi naik bas ekspress. jauh sgt kot perjalanan diaorg. dari selatan ke utara.

pastu pegi cari makan tengahari kat mana2 warung yg ada. ada la jumpa gak kedai makan nasi kukus. bleh tahan gak la nasi dia, best. lepas makan kitaorg trus balik resort. driver lak time tu gak nak kena gerak balik gambang. tengah duk kebosanan dan penat lepak kat bilik, ada la kakak UMK datang nak bagi makan kat dak2 UTM. ak pon, pe lagi, bukak laptop skadar utk isi masa terluang.

petang tu aku ngan dak2 UTM pegi mandi kolam. secara mudahnya kalu nak mandi kolam kena bayar 7 hinggit utk dewasa dan 4 hinggit utk kanak2. very the resort ni. kitaorng menggunakan konsep mandi dulu baru bayar, sebab turun kolam pon berlengang je. acara2 dlam kolam; lumba berenang, cap kli cap, dan regu. dah agak2 dah senja tu kitaorg naik la bilik. sampai je kat bilik dah ada budak USiM (Azam) yg sampai. Bilas kat bilik air, then bersiap2 utk program. 1st skali makan malam...

Wednesday, September 22, 2010

Rushing Sugar Rush





mujur gop r ak xdop 'suge rah'. klu ade gop, hmm jawaknye ade yang gi joging tengoh2 malam bute ni. buleh ajoh pok gak skali join. tengoh2 sedak tido, dang2 je bleh jage dalang kul ue... pok gak hok tengoh dop ahu nok wat gape satu tu bleh ah klu nok join blari skali... pakat perambat blake mane lembu hok ade.






aku pon pelik ah, aku ni makan kueh rye x dop ah banyok ngat. tp ade ade saing aku ni rileeeek je. bedal kueh rye dop igt dunia doh... takotnye dang ke orang laen... :D ak ni hok makang alo kado je, pon rase cam suang2 je badang ni... nok tido balik payoh doh. base dokleh kejut kalu tido.. kalu kejut gop, pah ceroh la x leh tido...

dang wat mari mikir nok stadi tegoh2 malam ni, rajeng ngat aku minggu lepah cuti raye ni... nok wak esimen, tebeng harap ah nok wat awal2... bading pakat tengok blake sape hok rajing ngat wat dlu..

p/s: piyye2 hok dok reti cakak ganu tu kot anda mung ah dok pahang, dok care stara baroh aku..


Tuesday, September 21, 2010

Tahun 6



buat adik2 yg amek upsr, gud luck to ualls..

Saturday, September 18, 2010

AlFatihah




Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang, pada pukul 10.55 malam akibat penyakit kelenjar kanser otak. Semoga ditempatkan bersama orang-orang mukmin. amin.


Friday, September 17, 2010

Hari Malaysia


Thursday, September 16, 2010

Doksoh Cakap Banyok

hari ni mari kita blaja dialek terengganu....

bah - bas
bahang - pukul i.e. kena bahang - dipukul
bakpe - mengapa
bang - azan
beng - memaksa diri
bijok - pandai
boh - banjir
bok - buku
bowok - bawa
buak - buat
bekok cobong - bengkak yang teramat sangat, benjol
beratah - keadaan yang amat banyak, ie. beratah anak ikan
bewok - biawak

Wednesday, September 15, 2010

No More Engaged




Terasa macam bru je minggu lepas ko masuk kelas aku dan membebel kat aku...

bila difikirkan balik dah 5 tahun berlalu... cepat rasanya masa berlalu.

SELAMAT PENGANTIN BARU buat Pn. Salihah Yaakob dan semoga berbahagia hingga ke syurga dengan bergelar Mrs. Dzulhuzmi Nasruddin.

maoh: napelah bebudak ni suke bebenor kawin time2 raye...

Tuesday, September 14, 2010

Bila Terlalu Mengikut Adat


Nabi Muhammad SAW bersabda: Terdapat 3 golongan manusia yang diharamkan oleh Allah untuk mencium bau syurga:

1. Orang yang (mengekalkan) minum arak.

2. Orang yang derhaka pada ibu bapa

3. Orang dayus yang membiarkan isterinya membuat zina, sedangkan dia tahu mengenainya.

Dalam entry kali ni, nak jelaskan sedikit mengenai point yang ketiga, iaitu lelaki yang dayus! Penjelasan ini adalah berdasarkan satu ceramah daripada ustaz Kazim Elias ingin berkongsi dengan semua orang.

Jika kita berzina dengan isteri orang, sedangkan suaminya tidak tahu mengenainya, maka dosa si suami tu kita yang tanggung, manakala pahala amalan2 yang kita dah buat bertukar kepada dia. Dengan kata lain, kita ambil dosa dia, manakala pahala kita dia ambil.

Manakala bagi si isteri pula jika berzina dengan lelaki lain, maka seluruh azab manusia dalam kubur dihimpun dan akan kena pada kita dalam kubur kelak.

Definisi dayus menurut ulama’ adalah orang yang tiada menegah akan manusia lain daripada masuk atas isterinya. Makna ‘masuk’ di sini termasuklah nak pegang isteri dia, nak peluk isteri dia, nak berlakon dengan isteri dia dan sebagainya, dia tak kisah.

Dengan kata lain suami pada pelakon adalah dayus dan tidak akan cium bau syurga. Sebab tu bahaya kahwin dengan artis ni…Tapi alangkah baiknya kalau korang boleh kahwin dengan artis kemudian boleh suruh diorang stop berlakon, bernyanyi dan sebagainya..

Jangan biarkan isteri kita bersalaman tak tentu hala. Terutama sekali pada hari raya, kita biarkan saja isteri kita bersalaman dengan pak sedara kita. Tak boleh kerana pak sedara kita halal nikah dengan isteri kita. Kenapa kita biarkan isteri kita buka tudung depan pak sedara kita?

Bagi sesetengah ulama’ lain pula, makna dayus ialah orang yang membeli ia akan jariah, yakni hamba perempuan yang bernyanyi-nyanyi ia bagi segala manusia. Dengan kata lain, mana-mana isteri yang jadi penyanyi dan bernyanyi di khalayak ramai, suaminya adalah dayus. Sama juga dengan kes suami pelakon tadi. Minta maaf pada suami2 artis, anda kena suruh isteri anda berhenti menjadi artis jika hendak cium bau syurga. Melainkan isteri kita menyanyi hanya untuk didengari oleh kaum perempuan saja, termasuklah technician, tukang lampu dan sebagainya yang berada di situ semuanya perempuan. Amacam? Ada harapan nak jadi penyanyi camtu? Berhenti jelah senang..

Sesetengah orang paham, dayus tu maknanya tak mampu tidur dengan isteri. Tu bukan dayus, tu LEMAH namanya. Dayus tu maknanya kita biarkan isteri kita buat jahat dengan laki lain.

Suami wajib temankan isterinya jika si isteri hendak keluar dengan lelaki yang bukan mahram. Ini termasuklah adik angkat, instuctor dan sebagainya.

Bagaimana pula jika si isteri sudah berbuat jahat dengan lelaki lain, dapat tahu pada si suami, tetapi si suami mengampunkan pula isterinya setelah isterinya menyesal dengan perbuatannya..adakah si suami itu dikira sebagai dayus kerana mengampunkan isterinya?? Tidak..itu tak dikira dayus, malah itu yang sebaiknya..si suami kena menasihati isteri supaya tidak mengulanginya..yang dikira dayus adalah suami yang membiarkan sahaja isterinya berbuat jahat walaupun dia tahu..

Jadi korang sudah paham apa itu dayus??


kredit to ron7.net

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri





lepas je bukak puasa, trs msg2 sbk nak perabeskan segala mercun yg ada.. kalah tahun bru cina... tema raya tahun ni, sume nyer beli sendiri... x main dah baju2 raye suprise ni...

kerepek ngan kuih rye dh seting kat ruang tamu.. tinggal tapai je dalam proses lg... dah seharian dh peram tapai tu... esok hrp2 masak la...

ngan cuti raya yg singkat ni, hrp dpt berjln ke umah kwn2 sume...

slamat hari raya...

Shadow of Red

Magenta

Crimson

Chestnut


Scarlet


Scarlett A.W....??


Monday, August 23, 2010

Plan untok minggu ni...


Font size

Tuesday, August 17, 2010

Selamat Berpuasa


Thursday, June 24, 2010

ribut yang reda

assalamualaikum...

hari ni tetibe je rasa tertarik untuk menhapdate post2 yg baru... lame rasenya x jadi blogger ni... lately terlalu byk benda yang berlaku disekeliling...

berbagai tema yang dicanang dan digunapakai dalam norma masing2... adakala ada yg terbit dgn pendekatan yg baru... x kurang juga yang suka buat balik apa yg dicerap oleh pancaindera... tidak terlalu jauh kalau dikatakan pengaruh drama tv dan movie masih boleh meresap kedalam jiwa 20an... igtkan kanak2 riang saje yg slalu berangan2 nak menjadi seperti power rangers, sailormoon dan (haha..) x kurang juga kamen rider...

ada yg mengatakan bahawa cerita2 drama ini diolah daripada kisah kehidupan masyarakat sekeliling... ataupun ia hanya sekadar imaginasi kretif seorang penulis skrip yang suka membawa masyarakat ke dimensi yang lain...

aku selalu mendengar bahawa apalah gunanya unsur kebudayaan ini. mendatangkan 'bencana' lagi ada... dulu aku hanya berfikiran bahawa kebudayaan ini adalah hanya untuk menarik pelancong2 asing datang kemari saje.. of cos selain daripada sebagai pelengkap dalam sebuah majlis makan malam or whatever... tapi sekarang aku percaya bahwa ia dapat mengubah pemikiran dan gaya hidup masyarakat sesebuah negara... lihatlah apa yang terjadi dgn masyarakat di negara india setelah SYTYCD ditayangkan disana...

hampir semua orang mesti pernah mendengar yang 'tak kisahlah kalau kau nak berkawan dgn sape2 pon.. yang penting dalam mesti kuat' dgn nada yang separa tegas... mcm mn la boleh diterbit kata2 seumpama itu.. tak semestinya kau mesti pakai baju oren kalau berkawan dengan bdk baju oren... di sini bukannya hendak 'racist' ke apa... tapi persoalannya berapa ramai yang memiliki jiwa yang kental dan pendirian yang mantap..!? jangan lupa bahawa kita ni terdiri lebih kurang 70% cecair... cecair mudah berubah mengikut keadaan sekeliling... analogi mudah.. air bacaan yasin.. semua org tahu...

aku nak makan tomyam = aku belom makan tomyam

Wednesday, February 24, 2010

Di mana tuntasnya...

setelah sekian lama negara kita mengaplikasikan satu sistem yang pernah diamalkan oleh tamadun cina dulu. dengan sistem yang sama, ia telah digunapakai pada setiap peringkat. sistem yang dimaksudkan di sini ialah sistem 'berorientasikan peperiksaan'. sistem ini lebih mengutamakan pengamalan nilai-nilai disiplin pembelajaran yang selalunya didominasi oleh tenaga pengajar atau cikgu sahaja.

sistem pembelajaran yg lebih bercorak 'permainan' perlu diterapkan sejak dari sekolah rendah lagi. tidakkah pelik apabila minda kita dididik selama lebih kurang berbelas tahun di arena pendidikan dengan sistem 'exam orientation' tetapi mahukan hasil yang lebih bercorak kreatif.. bukankah 'bagaimana acuan begitulah kuihnya'..

moga-moga sistem yg hendak diubah ini mampu untuk melahirkan masyarakat yang memiliki pemikiran yang positif..

Friday, January 8, 2010

Lima Lawan Lima

5 Hujah mereka yang tak kisah non-Muslim guna nama Allah untuk merujuk Tuhan:

1. Tiada dalil dalam Quran Sunnah yang melarang penggunaan nama Allah oleh agama lain. Bagus sangat la kalau non-Muslim nak sembah Allah. Harapan kita, lepas ni mereka terus berhenti syirik terus..

2. Boleh merapatkan hubungan dengan agama lain

3. Menunjukkan kita toleransi

4. Bukan isu akidah atau soal besar

5. Nama Allah bukan khas untuk orang Islam sahaja.


Seterusnya, 5 hujah golongan yang menentang :

1. Selama ni non-Muslim tak guna pun nama Allah di Malaysia. Biasanya mereka guna God atau Tuhan. Tujuan sebenar di[percayai untuk merosakkan akidah anak Melayu dengan mengajar kepada anak-anak Melayu bahawa Kristian dan Islam sama kerana menyembah Tuhan yang sama iaitu Allah.

2. Menimbulkan fitnah dan pergaduhan yang tak perlu.

Macam menjolok sarang tabuan. Bila penerbitan Kristian guna nama Allah, mereka akan guna istilah Jesus anak Allah atau Mary isteri Allah. Ini akan menimbulkan kemarahan umat Islam yang peka.

3. Menimbulkan penghinaan kepada orang Islam dan bukan Islam

Kalau seorang guru berkata di dalam kelas, 'kita semua mesti berdoa kepada Allah bila ada masalah". Kaum non muslim seperti Hindu dan Kristian pastinya berkecil hati kerana bukan semua mereka mahu menggunakan istilah Allah sebagai Tuhan.

4. Hakim kafir tentukan nama Allah.

Kelakar sungguh Malaysia apabila seorang hakim kafir bukan Islam yang memutuskan nama Allah berhak digunakan atau tidak. Kalau ada 5 atau 11 hakim yang putuskan, ini masih masuk akal. Tapi biula seorang hakim non-Muslim yang putuskan, ini suatu provokasi melampau.

5. Bercanggah Perlembagaan

Ini soal yang melibatkan akidah. Soal penggunaan nama Islam pada PAS pun pernah jadi isu. Penggunaan nama Allah tentulah lebih besar isunya!

Malah, ia boleh dikira bercanggah dengan perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan melarang sebarang usaha menyebarkan ajaran agama lain kepada orang Islam. Tindakan Herald ni boleh dikira suatu dakyah ke tas orang Islam malah provokatif!