Saturday, July 26, 2008

Pulau Batu Putih

http://www.ibnjuferi.com/wp-content/uploads/pulau-batu-putih-400x280.jpg


Singapura menuntut untuk mendapatkan hak zon ekonomi eksklusif (ZEE) di perairan Pulau Batu Putih. Tindakan ini sekali lagi akan mencabar hak kedaulatan Malaysia. Singapura langsung tidak menghormati Asean walaupun baru seminggu menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-menteri Luar Asean.

Tanpa di duga isu besar seperti ini boleh dilepas pandang oleh pihak media. sekarang ini kecoh pasal kereta mercedes dengan proton perdana. sedangkan perkara yang lebih penting seolah-olah disembunyikan. adakah rakyat malaysia tidak berhak untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkara ini. Semenjak isu jualan pasir, pengambilalihan Hospital Pantai oleh syarikat Singapura, pembatalan projek Jambatan Bengkok, hinggalah dasar-dasar pelaburan pro-Singapura di Iskandar Malaysia, semuanya menguntungkan Singapura. persoalannya, adakah para barisan eksekutif yang berkualiti sudah tiada di negara malaysia..??

No comments: