Saturday, July 26, 2008

Universiti Malaysia Sabah (UMS)

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/en/thumb/d/dc/Universiti_Malaysia_Sabah.svg/206px-Universiti_Malaysia_Sabah.svg.png


Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS), Lt. Kol. Prof. Datuk Dr. Kamaruzaman Ampon meluluskan penggunaan Dewan Canselor antaranya untuk program konsert penyanyi, Anuar Zain. Hmm... Sejak bila pulak institusi pendidikan di negara dijadikan sebagai satu wadah untuk artis2 membuat konsert hiburan nie... Terasa hairan bagaimana program hiburan yang tidak mendatangkan kebaikan ini dibiarkan berlaku di tempat yang sepatutnya membudayakan ilmu. NC perlu menampilkan kemajuan ilmu, bukannya menambah budaya hendonisme di kalangan mahasiswa yang sepatutnya berfikir secara kritis. Seperti biasa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang tidak bersuara seolah-olah seperti 'kerbau dicucuk hidung' menerima bulat-bulat apa yang di sediakan oleh pihak universiti. MPP adalah pemimpin yang di undi oleh pelajar dan sepatutnya perlu bersikap proaktif, kritis dengan apa yang berlaku di dalam suasana mereka.

No comments: