Friday, January 8, 2010

Lima Lawan Lima

5 Hujah mereka yang tak kisah non-Muslim guna nama Allah untuk merujuk Tuhan:

1. Tiada dalil dalam Quran Sunnah yang melarang penggunaan nama Allah oleh agama lain. Bagus sangat la kalau non-Muslim nak sembah Allah. Harapan kita, lepas ni mereka terus berhenti syirik terus..

2. Boleh merapatkan hubungan dengan agama lain

3. Menunjukkan kita toleransi

4. Bukan isu akidah atau soal besar

5. Nama Allah bukan khas untuk orang Islam sahaja.


Seterusnya, 5 hujah golongan yang menentang :

1. Selama ni non-Muslim tak guna pun nama Allah di Malaysia. Biasanya mereka guna God atau Tuhan. Tujuan sebenar di[percayai untuk merosakkan akidah anak Melayu dengan mengajar kepada anak-anak Melayu bahawa Kristian dan Islam sama kerana menyembah Tuhan yang sama iaitu Allah.

2. Menimbulkan fitnah dan pergaduhan yang tak perlu.

Macam menjolok sarang tabuan. Bila penerbitan Kristian guna nama Allah, mereka akan guna istilah Jesus anak Allah atau Mary isteri Allah. Ini akan menimbulkan kemarahan umat Islam yang peka.

3. Menimbulkan penghinaan kepada orang Islam dan bukan Islam

Kalau seorang guru berkata di dalam kelas, 'kita semua mesti berdoa kepada Allah bila ada masalah". Kaum non muslim seperti Hindu dan Kristian pastinya berkecil hati kerana bukan semua mereka mahu menggunakan istilah Allah sebagai Tuhan.

4. Hakim kafir tentukan nama Allah.

Kelakar sungguh Malaysia apabila seorang hakim kafir bukan Islam yang memutuskan nama Allah berhak digunakan atau tidak. Kalau ada 5 atau 11 hakim yang putuskan, ini masih masuk akal. Tapi biula seorang hakim non-Muslim yang putuskan, ini suatu provokasi melampau.

5. Bercanggah Perlembagaan

Ini soal yang melibatkan akidah. Soal penggunaan nama Islam pada PAS pun pernah jadi isu. Penggunaan nama Allah tentulah lebih besar isunya!

Malah, ia boleh dikira bercanggah dengan perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan melarang sebarang usaha menyebarkan ajaran agama lain kepada orang Islam. Tindakan Herald ni boleh dikira suatu dakyah ke tas orang Islam malah provokatif!