Sunday, November 23, 2008

Onar dan Duri

keadaan warga bumi ini semakin parah. ke arah manakah harus dipersalahkan. dimanakah silap. nilai kemanusiaan yg menghampiri sifar. apakah ini tuntutan dunia moden..?

bagaimana acuan begitulah kuihnya. adakah sistem pendidikan di negara ini boleh memberi hasil yang baik seperti yang dikehendaki iaitu modal insan...?
pelik bertambah ragu kerna sistem yang ada sekarang ini seharusnya akan melahirkan insan-insan yang kurang jati dirinya, meminimakan sifat ihsan tetapi hendakkan lahirnya seorang insan yang proaktif dalam tindakannya dan positif pemikirannya...

hari ini seorang pelajar terlantar di ICU sebuah hospital akibat dibelasah... esok bagaimana pula.. apa gunanya mereman yg disyaki sedangkan nilai2 yang sebegini yg dikehendaki..

di peringkat pengajian tinggi pula tidak kurang hebatnya... dengan penggubalan AUKU yg senantiasa menghantui suara2 mahasiswa universiti tempatan.

Apa yang paling penting untuk disematkan dalam fikiran kita ialah, ketika Auku ini mula diwujudkan pada tahun 1971, maka ketika itulah kezaliman mula berleluasa ke atas kaum pelajar, warga kampus, pensyarah dan akta ini telah membunuh kemahasiswaan.

Akta ini bukan membunuh seorang mahasiswa, malah membunuh 'kemahasiswaan'. Jadi, kalaupun ia tidak menghukum siswa sepanjang tempoh pengajian itu, hakikatnya ia telah membunuh jiwa berani siswa. Warga kampus mahu menulis, bersuara pun rasa takut.

Jadi, tanpa menghukum seorang siswa sekali pun, akta ini sudah bertindak zalim lantaran ia telah 'menghukum' 'kemahasiswaan' secara senyap. Pelajar yang asalnya berdaya saing, bersifat suka mencuba itu akhirnya telah lumpuh dan cacat daya kreativitinya ekoran rasa takut yang bersarang di dada mereka itu.

No comments: