.... "Kalau begitu, saya nasihat saudara daftar dulu sebagai pelajar di sini. Kalau orang luar, yurannya RM400," demikian kata pustakawan itu kepada Rizal ketika dia ingin membuat permohonan sebentar tadi.
Mahalnya..Kalau di USM dahulu, mahu masuk pun kena pakai tag leher. Kalau tidak, tak boleh masuk pustaka. 50 tahun lebih kita merdeka, kenapa harus ada sekatan untuk orang awam seperti dia yang mahu merenangi, meredah lautan pengetahuan bergelombang, dan kenapa ada halangan untuk menyelongkar isi belantara ilmu di dada kampus bertuah?
Mana dia belanjawan prihatin yang dimajukan oleh Najib dan Abdullah dalam Parlimen? Separuh jiwanya meraung. Patah hatinya untuk mencari bahan rujukan. Rizal menjadi tak yakin kepada Abdullah dan Najib lagi. Mereka berdua hipokrit!
Lalu, dia kembali pulang ke rumah membawa bersamanya hati yang lara. Pada malam itu juga dia mendengar Abdullah bercakap tentang rasuah. Kata Abdullah, Akta Rasuah pada tahun 1997 akan digantikan dengan Akta Rasuah yang baharu.....
Sunday, November 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment