hari selasa y lps aku ngan akak joyah selamat kuar ke kuantan penangan cactus x mencapai matlamat sebenar msej.
on da way ke kuantan, dkt smpg ke pancing, hmm.. tetiba je mcm ada aciden.. last2, tetiba je di tempat kejadian, ada la sebuah kete y keadaan selamat daripada marabahaya, berhenti kat tgh2 jln lrg sebelah knn... selang seketika melewati kereta tu, kereta tersebut mula bergerak... aku pitam sekejap... propa sgt....
setibanya di bandar kuantan, trs meluru ke maybank dek joyah nak bank in kan 10 hinggit.. (10 hinggit pon nak bank in).... joyah x ada note 10 hinggit plak kaedahnya... macam mana nie..? apa lagi bermulalah pencarian note 10 hinggit di bandar kuantan... hajat nak tukar ataupon pecah duit kat mana2 kedai yang berhampiran... kedai makan... "adik pergi la beli barang kat Mydin.." nak beli barang apa kat mydin tu semata mata nak pecah duit.. keluh akak joyah... gagal sekali x bermakna gagal selama lamanya.... gerai jagung... "nak jagung satu." beberapa saat slps tu "brp ni kak..?" akak y menjual jagung tu menjawab "ada duit ke x ni..?" akak joyah mcm org x duit ke..? persoalan disitu... harga jagung tu berapa la sgt kan, bdk2 tadika pon mampu. ko mampu..?
joyah ternampak sinar harapan di sebuah kedai... tanpa dirancang pon, joyah membeli ubat asma dan seangkatan dgn nya... dengan gigihnya joyah sekali lagi pergi membeli jagung manis dengan memberi not seringgit 3 helai...
sambil menunggu akak joyah bank in duit, aku pergi cari parking y ada... aku ternampak satu subjek y mengcungkil memori lama aku... setelah berfikir buat sejenak, aku teringat dia adalah berkas cikgu math semasa aku form 4 cikgu amir katanya... setelah beberapa tahun berlalu, dia masih juga begitu, dgn happy go lucky dan kekurangan populasi rambut di residen kepala... haha... lama x dengar berita.. katanya kini sedang mengajar di KIPSAS kuantan... belajar di mana , jurusan apa perkara biasa semasa sesi 'tukar fikiran'... tanpa disangka sangka abang iparnya mengajar kat UMP jgk... pitam lagi sekali... siapa gerangannya..?? syaril dari fakulti meki tu ke..?? hmm.. sapa la y x kenal subjek y dimaksudkan tu... hahaha apalagi, kita org keluarkan lah bakul2 dan daun kelapa y ada untuk mengayam ketupat... sempat beberapa dozen...
cikgu amir berlalu pergi dgn 2 anak murid nya form 4 katanya... beberapa minit kemudian akak joyah muncul dengan muka puas+bengang...
hanset berbunyi. ada mesej dari tito.. bertambahlah ribut yang sudah sedia ada... kami pergi menuju ke ecm mencari barang2 dapur katanya... rasanya sudah lama x makan di Pizza Hut... cadangan diterima oleh ahli dewan... setelah selesai segala urusan di EcM.. bergerak pula ke megamall....
dan terus balik ke UMP... hmm, kami gamble saja masa nak masuk kat pak guard.. kalu kena tulis nama tu kira nasib la.... tanpa disangka sangka LEPAS... kenapa boleh lepas..? mungkin disebabkan muka baik tambah2 lagi dengan diva dan ratu kat dalam kereta... siapa boleh thn..?
Wednesday, October 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
berkas guru katanya.ada wat jenayah kolar biru ke cikgu tuh?
hmm.. ada la jgk beberapa kali...
hahahha
harusnya makcik joyah jadi topik utama plak kan?
Post a Comment