Saturday, August 30, 2008

Merdeka

http://khaixy.googlepages.com/logo_merdeka_2008.jpg

Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan ”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.


Ramadhan

http://on2hood.files.wordpress.com/2007/09/ramadhan-uy.jpg

selamat menjalani ibadah puasa

Friday, August 29, 2008

Bunga

http://www.akwaphotographs.com/images/yelloworchid-big.jpg

orang kata bunga betul lebih bernilai daripada bunga plastik, tisu dan kertas... namun antara bunga-bunga yang betul, semuanya x memiliki jangka hayat yang sama. jika dibandingkan antara bunga ros dan orkid, bunga orkid nyata boleh bertahan lebih lama berbanding bunga ros walaupun bunga ros memiliki bau yang menarik. apakah pilihan y tepat perlu dibuat..?? bunga ros atau bunga orkid.. semua bergantung kepada diri sendiri untuk memilihnya. tepuk dada tanya selera. ada yang bertanya. kenapa x pilih saja bunga plastik kalau nak bertahan lebih lama..? bunga plastik hanya cantik dipandang sahaja, ia x mempunyai tekstur bunga sebenar. mengapa kita suka menipu diri kita sendiri dengan mengatakan kita sudah memiliki bunga walaupun ia hanya sekadar bunga plastik..? bunga hidup perlu dijaga dengan seadanya.. x boleh lebih dan x boleh kurang... ibarat kita memegang gelas kaca.. terlalu kemas akan pecah ditangan, terlalu longgar pecah dilantai.

Thursday, August 28, 2008

Terbang

http://i219.photobucket.com/albums/cc243/khaipoyo/1_801477845l.jpg

hanya mampu berserah kepada takdir... ni la jadi nya bila kena terbang tp x pakai sayap. edy, wat stor maintain jer. x goyang ke kena tiup angin sepoi2 bahasa...

PTPTN

http://www.mohe.gov.my/webkpt_v2/pict_main/sub1pict_003001.jpg


hari ini adalah hari terakhir untuk bdk baru menghantar borang-borang ptptn. teringat masa aku nak menyiapkan borang itu. borang yang baru ini agak lebih senang berbanding dengan borang sesi lepas. boleh dikatakan kalau x ikut panduan pun boleh nak isi borang ptptn yang baru ni. kalau borang lama, jangan harap la nak lepas kalau x ada panduan. ada saja sebab dan alasan untuk print balik borang ptptn tu. tp, ptptn masih mengekalkan sikap yang macam hanjing dia org dengan x ikut masa yang dia org sendiri yang tetapkan. pada kali ini, hmm.. lagi dasyat, bukan nya lambat 2,3 jam tapi langsung x nampak bayang pada hari kedua penyerahan borang... bdk2 berduyun-duyun pergi brkumpul di kafe blok z, entah untuk apa harus masa mesti dibuang dgn aktiviti berkumpul. adakah sikap badan2 dan agensi kerajaan memang selalunya mengamalkan sikap yang x professional ni. diharap ptptn pada hari ini dan seterusnya akan berjalan dengan lebih baik.

Friday, August 22, 2008

Konvokesyen 08


hari ini adalah langkah pertama ke arah konvokesyen 08. pada kali ini ia diadakan di Hotel Hyatt Regency, Dewan Jubli Perak dan Kuantan Parade. sepetri konvokesyen2 yang lepas, ia sentiasa dimeriahkan oleh kelab kebudayaan dan kesenian ump. namun kali ini terdapat sedikit kelainan berbanding dengan persembahan yang lepas. dikatakan kump solid harmony x menyerai konvokesyen kali ini. entah angin apa y lalu. mungkin untuk memendekkan masa persembahan. entahlah...

ada desas desus yang mengatakan bahawa penyanyi konvokesyen kali ini dibayar lebih kurang seratus ringgit. perkhabaran begini agak mengejutkan lebih lebih lagi kalau dibayar oleh ump untuk agenda agenda seni tanah air. rambut sama hitam, hati lain lain. mungkin Dato' NC yag baru ini lebih mempunyai kelapangan masa untuk menyelami aktivis kebudayaan di ump. pemberian elaun kepada penyanyi diharap menjadi titik tolak sebagai menghargai budaya seni warisan bangsa y dimeriahkan dengan tarian dan muzik.

Thursday, August 21, 2008

Akta DNA

http://www.3dscience.com/img/Products/3D_Models/Biology/DNA/DNA_w_Phosphate_structure/Supporting_images/3d_model_DNA_w_phosphate_1.jpg

berbisik di sudut hati ini untuk membuat post mengenai perkembangan dunia politik. setelah sekian lama menyepi, keadaan di negara kita yang tercinta ini semakin menarik. pembentangan akta DNA pada 19 hb telah menimbulkan pelbagai spekulasi daripada mana-mana pihak yang mendengar dan melihat. akta yang telah digubal pada tahun 2001 kini telah dibentang kembali. tak ku sangka malaysia adalah negara yang sangatlah aman damai daripada kegiatan jenayah disepanjang perjalanan masa daripada 2001 hingga 2007. Dua hari lalu Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Syed Hamid Albar membentang Rang Undang-Undang DNA bagi mewajibkan suspek kes jenayah memberi sampel DNA kepada pihak berkuasa. teringat pula pada peribahasa 'daun-daun dan bunga pada pokok tak akan beralun kalau tiada angin'.

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi pula menganggap pembentangan Rang Undang-Undang tersebut secara kebetulan dan meminta orang ramai tidak mempolitikkan akta terbabit. menjadi kehairanan pula kenapa ahli-ahli politik yang gah namanya di persada kebangsaan gemar untuk mempraktikkan 'meludah ke langit'. akibatnya tidakkah mereka tak ubah seperti 'paku dulang...' .

pasal kes sumpah-menyumpah ni memang menarik perhatian. kebiasaannya orang yang dituduh perlu bersumpah bagi mempertahankan dirinya daripada sebarang fitnah. ini tidak, sebaliknya pulak yang berlaku.

Wednesday, August 20, 2008

Permintaan Terakhir

Photobucket


Bertahun sudah ku menunggu diri mu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untuk ku melupakan mu
Kerna kau ku cintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lama mu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diri ku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap ditengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Dikau pinta untuk melepaskan mu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan

Burn The Midnight Oil

Photobucket

haha...
sume test 1 dah abis...
(hapis propa tido bwh meja)

Monday, August 18, 2008

Happy Birthday Muaz

Photobucket

semoga hidup bahagia selalu

Wednesday, August 13, 2008

Happy Birthday Khalis

Photobucket



sometimes we are lucky enough
to meet a person
who stands out
among all the other people
as being extremely special
who knows what we
are thinking about
who is happy for us at all times
who is always there to talk to us
who cares about us selflessly
who is always truthful with us

sometimes we are lucky enough
to meet someone who is
extremely wonderful
For me
that person
is you
my dear friend

Tuesday, August 12, 2008

Ketawa

http://www.swapmeetdave.com/Humor/Cats/CatLaugh.jpg


Kajian mendapati apabila kita ketawa, satu gelombang elektrik terhasil dan mengalir dalam otak. Banyak bahagian otak, termasuk bahagian yang mengawal emosi, daya intelek dan pergerakan, saling berhubung ketika kita ketawa. Semua ini dikatakan memberi manfaat kerana ia boleh menguatkan badan. Ketawa bukan saja boleh meredakan tekanan, tetapi menghilangkan rasa marah.

Antara manfaat ketawa yang lain ialah:

a. Merendahkan tekanan darah
b. Merangsang mood.
c. Meningkatkan daya ketahanan badan.
d. Memperbaiki fungsi otak
e. Melindungi jantung.
f. Merapatkan hubungan dengan orang lain.
g. Melegakan perasaan.
h. Membuatkan kita berasa selesa.

Malah, ketawa juga boleh meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit seperti tekanan darah tinggi, strok, artritis, ulser dan mengelakkan risiko mendapat serangan jantung. Kajian mendapati seseorang itu berisiko diserang sakit jantung jika sentiasa dalam keadaan tertekan, resah, gelisah dan marah.

Bahkan, ada juga kajian mendapati ketawa boleh melancarkan sistem pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan. Namun paling penting ialah ketawa boleh mengekalkan kesihatan mental. Apabila kita berfikiran tenang dan melihat masalah daripada sudut positif, ia juga boleh dijadikan bahan ketawa. Ketawa pada diri sendiri juga boleh mengubah persepsi kita terhadap masalah dihadapi. Mungkin anda tidak sedar, ketawa sebenarnya membolehkan kita menangani masalah atau tekanan dengan lebih baik.

Monday, August 11, 2008

Colour of Life

http://www.carlosulloa.com/blog/jpg/ExperienceColour.jpg


Ahli fisiologi dan psikologi menjelaskan ada empat warna primer : merah, hijau, kuning dan biru. Walaupun tidak diketahui secara pasti mengapa orang-orang menyukai warna dan kombinasi warna tertentu. Tetapi yang jelas, setiap warna mempunyai karektor atau sifat ayng berbeza-beza. Bahkan sejak dahulu warna diketahui mempunyai pengaruh terhadap manusia, namun baru belakangan ini penggunaannya telah dimanfaatkan secara meluas dalam dunia otomotif, busana, permainan dan sebagainya.
MERAH


Merah:

Warna ini melambangkan keadaan psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong makin cepatnya denyut nadi, menaikkan tekanan darah dan mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

1.Merah Terang :

Warna ini melambangkan kekuatan kemahuan atau cita-cita. Sifatnya : Agresif, Aktif, Eksentrik. Pengaruhnya : Berkemahuan keras, penuh gairah, dominasi, jantan.

2.Merah Jambu :


Warna ini melambangkan romantisme, feminim. Warna ini mempunyai sifat menuntut dalam kepasrahan, menggemaskan dan jenaka.

BIRU


Warna ini melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan menenangkan pada tekanan darah, denyut nadi, dan tarikan nafas. Sementara semua menurun, mekanisme pertahanan tubuh membangun organisme.

1.Biru Tua :


Warna ini melambangkan perasaan yang mendalam. Sifatnya : Konsentrasi, kooperatif, cerdas, perasa, integratif. Pengaruhnya : Tenang, Bijaksana, Tidak Mudah Tersinggung, Ramai kawan.

2.Biru Muda :


Warna ini melambangkan keanjalan dari cita-cita. Sifatnya : Bertahan, Protektif, Tidak Berubah fikiran. Pengaruhnya : Keras Kepala, Teguh, Sering Bangga Diri, Berpendirian tetap.

KUNING


Warna ini melambangkan kegembiraan. Warna ini mempunyai sifat : Leluasa dan santai, senang menunda-nunda masalah. Berubah-ubah tapi penuh harapan, mempunyai cita-cita setinggi langit dan semangatnya juga tinggi.

1.Kuning Terang :


Warna ini melambangkan sifat spontan yang eksentrik. Sifatnya : Toleran, Investigatif, Menonjol. Pengaruhnya : Berubah-ubah sikap, berpengharapan, dermawan, tidak percaya.

HIJAU


Warna ini melambangkan adanya suatu keinginan, ketabahan dan kekerasan hati. Mempunyai kepribadian yang keras dan berkuasa. Warna ini mempunyai sifat : meningkatkan rasa bangga, perasaan lebih superior dari yang lain. Orang yang menyukai warna ini umumnya senang dipuji, senang menasihati orang lain.

ABU-ABU & HITAM


1.ABU-ABU :


Warna ini tidak menunjukkan erti yang jelas. Tidak terang dan sama sekali bebas dari kecenderungan psikologi. Warna ini cenderung neutral.

2.HITAM :


Warna ini melambangkan kehidupan yang terhenti dan kerananya memberi kesan kehampaan, kematian, kegelapan, kebinasaan, kerosakkan dan kepunahan.

COKLAT & UNGU


1.COKLAT :

Warna ini seringkali menunjukan ciri-ciri : suka merebut, tidak suka memberi hati, kurang toleran, pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagian masa depan.

2.UNGU :

Warna ini adalah campuran warna merah dan biru yang melambangkan sifat Gempuran Keras yang dilambangkan oleh warna biru. Perpaduan antara keintiman dan erotis atau menjurus pengertian yang mendalam dan peka. Sifatnya sedikit kurang teliti tetapi selalu penuh harapan.

Epilog

http://i9.photobucket.com/albums/a93/SOLISNNYC/AMOROSA/JANET/elba/love3.jpg


Epilog sebuah cinta
Ku ukir perlahan
Bertemankan tinta nan basah
Di atas sekumal kertas
Di malam hari
Yang dibasahi titisan jernih dari angkasa

Epilog sebuah cinta itu bermula
Pabila kubuka hati ini buatnya
Bertakhta di sanubari ku
Janji kehidupan dicatur
Antara aku dan dia
Penuh mesra, sayang, dan cinta.

Namun
Semua itu bagaikan tiada lagi
Kehadiran insan itu
Menggamit suasana penuh emosi
Kenangan lama diungkit kembali
Cinta yang silam dibawa ke saat ini

Akhirnya
Semua telah berubah
Dia yang dulunya menyayangi diri ini
Kini berpaling tadah
Mengejar kembali cinta silam itu
Mengejar kembali insan
Yang merupakan cinta pertamanya

Sedangkan aku
Hanyut di dunia ku
Kehidupan bagaikan tiada lagi
Masih terngiang kata-kata itu
Yang meniti di bibir dirinya
Saat meninggalkan aku
" Saya bukan tak sayangkan awak,
tapi perasaan itu makin berkurang"

Epilog cinta itu
Kini berakhir
Dan aku
Membawa hati ini pergi
Jauh dan jauh…

Sunday, August 10, 2008

Malam Inspirasi Seni

Photobucket

ini adalah kali pertama aku dengan Malam Inspirasi Seni (MIS). tak banyak komen yang dapat diberi. cuma satu je aku nak bagi tahu pendapat aku. sepatutnya pada permulaan majlis ni MC x terpelulah nak kata bahawa MIS adalah event yang paling besar anjuran kelab kebudayaan dan kesenian UMP. kalau betullah MIS adalah acara yang paling grand, majlis ni sudah pasti menjadi batu aras kelab kebudayaan dan kesenian UMP.

Bedroom

Photobucket


waa.. bilik aku dah bertukar wajah dengan susunan katil dan lain lain secara lebih ergonomik.

Thermo

Photobucket


semester 3 telah membuka tirainya. sauh kapal telah diangkat naik. perlayaran yang singkat ini telah bermula dengan test 1 thermo. dugaan datang dan pergi. semua itu adalah menjadi asam garam kehidupan. tak hairanlah kalau ada yang menggigil sejuk ketika ditimpa hujan lebat dan berkipas pabila kepanasan. demam, selsema dan batuk hanya sebagai modus operandi. penat mata memandang, penat lagi belakang yang memikul.

Tuesday, August 5, 2008

Overture

Photobucket


hari hari yang mendatang terasa begitu membuat aku tertarik untuk mengetahui ramalannya. aku bersetuju dengan panda kungfu "semalam adalah satu kenangan, hari esok adalah misteri tetapi hari ini adalah satu anugerah". terpulanglah kepada kita bagaimana hendak menghabiskan hari hari yang telah di anugerah. tindakan kita pada hari ini akan meninggalkan kesan sebagai sejarah dan juga akan mencorakkan masa depan. hargailah apa yang ada pada hari ini agar kita juga dapat menghargainya pada hari esok.

Sunday, August 3, 2008

Permatang Pauh

http://www.jeremybwilliams.net/ruminations/ruminations/images/anwar.jpg


tindakan dr wan azizah wan ismail untuk meletakkan jawatan ahli parlimen permatang pauh bagi memberi laluan kepada suaminya anwar ibrahim adalah telah dijangkakan. tidak mengejutkan jika dr wan azizah wan ismail akan bertanding semula di kerusi parlimen y lain dan menyerahkan pimpinan parti keadilan rakyat kepada suaminya.

terdapat beberapa faktor kenapa anwar perlu bertanding di kawasan permatang pauh. antaranya anwar telah menduduki kerusi parlimen itu sejak tahun 1982 lagi setelah menewaskan calon PAS pada masa itu di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

anwar boleh memilih untuk bertanding di kawasan PKR yang lain. beberapa hari y lalu, wakil PKR dari bandar baru, kulim kedah bersedia untuk melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen bagi membenarkan anwar bertanding untuk kawasan bandar baru.

ada khabar angin yang mengatakan bahawa anwar juga akan turut bertanding di kawasan Bandar Tun Abdul Razak di KL yang sekarang ini disandang oleh abdul khalid ibrahim, menteri besar selangor.

namun begitu, permatang pauh adalah satu satunya kawsan yang paling selamat dan bersejarah. selepas itu, wan azizah menjadi ahli parlimen di permatang pauh selapas mengalahkan wakil daripada BN dengan 13388 majoriti.

lebih lebih lagi permatang pauh terletak bersebelahan dengan kawasan abullah badawi, kepala batas. ini adalah masa yang paling sesuai untuk anwar bertanding di kawasan permatang pauh. jika anwar tidak menggunakan kesempatan ini untuk bertanding, mungkin tiada lagi peluang sebegini di masa hadapan.

andai kata anwar ditangkap polis atas tuduhan liwat untuk mengelakkan anwar daripada bertanding, perkara ini akan mendapat pelbagai spekulasi yang meluas. ini sudah cukup untuk pengundi di permatang pauh untuk menyimpulkan bahawa anwar menjadi mangsa kerana mencabar kerajaan.